Monday, July 12, 2010

Selamat Datang

Penat untuk memasak makan malam selepas pulang bekerja dan menempuhi kesesakan lalu lintas?.. Bosan dengan menu makan malam di restoran?..Teringin nak makan nasi campur untuk makan malam?..Masak asam pedas, kerabu, pucuk paku masak lemak cili api, singgang ikan dan banyak lagi menu kampung dan masakan rumah.

Selamat datang ke Zharfan Dinner Online.

Kami menawarkan langganan makan malam ala mangkuk tingkat khusus untuk warga Magna Ville, Selayang. Kami menyediakan makan malam didalam mangkuk tingkat untuk dua orang makan tanpa nasi. (Sebarang permintaan boleh dipertimbangkan).

Masakan kami di masak oleh surirumah yang berpegalaman memasak untuk keluarga melebihi 10 tahun. Kami menyediakan menu yang sesuai untuk makan malam.


Syarat dan Terma


  • Perkhidmatan hanya untuk hari Isnin hingga Jumaat setiap minggu.
  • Tiada perkhidmatan hari Sabtu , Ahad dan cuti umum
  • Menu sajian adalah tertakluk pada pindaan dari masa ke semasa.
  • Walaupun sedaya upaya cuba memenuhi jadual menu setiap, Zharfan Dinner Online berhak untuk menukar menu sajian disaat akhir tanpa memberi notis kepada pelanggan.
  • Tiada khidmat penghantaran buat masa ini, pelanggan perlu mengambil makan malam di unit B2-11.
  • Tempahan tidak boleh dibatalkan, bagaimanapun boleh ditunda ke tarikh yang lain.

Sebelum melanggan, pelanggan perlu memilih pakej berdasarkan pilihan yang berikut:-

  1. *Pakej 1- Langganan minima 6 hari dalam 2 minggu RM72
  2. Pakej 2- Langganan 10 hari dalam 2 minggu RM100
  3. Pakej 3- Langganan penuh 20 hari dalam 1 bulan RM190

Kaedah pembayaran.

Selepas membuat pilihan, bayaran perlulah dijelaskan setiap 2 minggu sekali untuk langganan mingguan. Setiap pengesahan akan disertakan 'due date' untuk bayaran.

Bayaran boleh dijelaskan secara tunai di unit B2-11.

Langganan akan bermula hari Isnin yang berikutnya (bergantung pada pakej pilihan pelanggan).

*Bagi pakej ini, pelanggan perlu membuat pilihan hari/menu sebelum membuat sebarang pengesahan

No comments:

Post a Comment